Sunday, April 18, 2010

Kalau itu masih bukan yang terbaik..

Bukan saya mahu meminta lebih.. tapi saya memang perlukan itu.
Bukan saya mahu kamu tatang saya bagai minyak yang penuh.. tapi sekurang-kurangnya buat saya rasa selesa.
Saya tak mahu rasa jauh dari awak..
Saya tak mahu rasa saya sendiri tanpa awak..

Usah biarkan saya seorang diri.
Usah biarkan saya rasa menunggu seolah seperti tiada awak.
usah biarkan saya bermain dengan perasaan saya sendiri..
Kerana awak perlu ada untuk saya...

Saya tak berniat nak buat awak tertekan..
Saya tak berniat nak buat awak bingung...
Saya tak berniat...
Apa yang saya niat, saya mahu awak rasa yang saya selalu ada dekat dengan awak..
Apa yang saya niat, saya mahu awak rasa yang saya selalu ada untuk awak..

Saya mahu awak ada untuk saya..
Disetiap kali saya tersenyum..
Disetiap kali saya menangis..
Disetiap kali saya sedih..
Disetiap kali saya berceria...
Saya mahu awak ada.....

Saya tak suka bila saya keseorangan..
Saya rasa seperti saya hidup sendirian...
Saya mahu awak tahu apa yang ada dalam hati saya..
Jangan biarkan saya rasa sendiri tanpa teman...
Kerana hati saya tidak kuat apabila awak tiada...

Selalu saya nampakkan ketidakpuasan hati saya...
Selalu saya nampakkan ketidakbijaksaan hati saya..
Tapi semua itu berlaku kerana awak...
Awak buat saya tidak keruan...
Saya cemburu bila orang lain bersama awak..
Kerana masa itu saya tahu awak tidak akan berada bersama saya..
Saya sedih..saya selalu menangis...

Saya cuma mahu perhatian dari awak..
Tidak hanya setakat masa saya dengan awak bila awak mahu tidur..
Selalunya, itulah masa yang ada hanya untuk saya..
Itu tidak cukup untuk hati saya...

Saya tak tahu kalau saya mempunyai permintaan yang tinggi..
Tapi itu yang buat saya rasa selamat..
Saya tidak hebat..
Saya tidak istimewa...
Saya tidak lengkap dengan apa yang awak mahukan..
Saya sangat tahu itu...
Dan dengan itu, saya sangat takut kehilangan awak..
Saya takut kasih sayang awak kurang...
Kerana setiap kali awak tak bagi perhatian pada saya...
Saya rasa awak tak pedulikan saya...
Awak lebih pedulikan orang lain berbanding dengan saya..

Saya rasa seolah-olah saya hanya diperlukan ketika awak sendiri rasa sunyi..
Saya rasa seolah-olah saya hanya diperlukan ketika awak tiada teman..
Saya hanya awak akan cari bila awak keseorangan...

Entahlah..
Saya rasa seolah saya ini hanya menyusahkan awak..
Dengan kehadiran saya, kebelakangan ini awak selalu tertekan..
Dengan kehadiran saya, kebelakangan ini awak sudah jarang untuk tertawa.
Sudah jarang untuk berceria.
Kalau ada pun, saya tak tahu kalau itu hanya lakonan semata-mata..

Entahlah..
Saya rasa bersalah..
Tapi pada waktu ketika yang sama, saya rasa sedih dengan sikap awak..
Awak seperti meletakkan saya pada nombor akhir..
Awak hanya cari saya bila awak perlu...
Saya telah cuba sedaya upaya untuk bahagiakan awak..


Saya telah cuba sedaya upaya untuk jadi yang terbaik...
Sekurang-kurangnya saya mencuba...
Tapi...
Kalau itu masih bukan yang terbaik..
Bermakna saya sendirilah yang bukan terbaik untuk awak....


Thursday, March 18, 2010

Perempuan, Arjuna, Sundal

Lama sungguh menyepi. Kali ini aku kembali dengan suara hati.


*****************************************


Bicara hati.
Hati seorang perempuan, dan yang nyata perempuan itu bukanlah aku.
Tetapi aku masih mengerti dan memahami seolah aku ini dirinya.
Yang benar bagi aku dia perempuan yang kuat.
Yang benar bagi aku dia perempuan yang tabah.


Tidak sedikti pun dia mengeluh.
Untuk sesuatu yang dia rasakan amat perlu dilakukan.
Tidak sedikit pun dia merasa resah.
Dengan apa yang dipikulnya, kerana dia tahu itu adalah tanggungjawabnya.
Senyum sentiasa dia lontarkan.
Masih mampu berketawa.
Masih berkudrat menceria.


Hatinya mahu bahagia, mahu bikin kelilinh hidup ceria.
Pada sang arjuna dia tundukkan segala.
Menyerah jiwa dan raga, kerana itu kesuma hatinya.
Pada siapa lagi mahu di serah dan tunduk, jika bukan pada yang halal.


Namun suatu masa itu merobek hatinya....


Tidak disangka ada permainan lain di belakangnya.
Tidak disangka ada insan lain hadir dalam kehidupannya.
Insan yang memang asing, memang terkecuali dari darah daging.
Di waktu dia beristirehat selepas berhempas pulas dengan maut, dia mengharapkan lebih sinar bahagia.
Namun..
Seperti taufan tiba-tiba muncul menghempas di setiap genap kebahagiaanya.


Hatinya berkecai.
Hatinya runtun.
Arjuna cinta berkasih dengan yang lain.
Apakah ini balasan dosanya masa silam?
Aku tidak tahu....


Tapi apa yang aku fahami,
Jiwanya sedih..
Jiwanya merana..
Jiwanya keciwa...


Tidak tahu mana mahu disalahkan.
Pada sang arjuna, kenapa kau begitu?
Pada yang ke-3, bodohlah kau.
Itu yang aku mampu simpulkan.


Hati perempauan, bertabahlah dikau. Terima ini sebagai ujian-Nya..
Sang arjuna, kembalilah pada yang setia..


Untuk yang ke-3;
Kenapa kau begitu sundal????



Tuesday, February 23, 2010

Beri

Berikan aku ruang untuk berlari.
Berikan aku masa untuk bernafas.

Medan ini ruang hidup untuk aku.
Tapi...
Bukan aku mahu sunyi sepikan yang ini.
Tapi terlalu banyak yang perlu aku kerjakan.
Tuhan,
Tolong beri...


Tuesday, February 16, 2010

Sungguh Seorang

Hati aku cerah.
Secerah langit yang berwarna jingga di hujung sana.


Perasaan aku sejuk.
Sesejuk air yang jernih berkristal di sudut sana.


Nurani aku segar.
Sesegar hijau daun yang menhijau dikala musim bunga.


Hati aku milik dia.
Perasaan aku milik dia.
Nurani aku milik dia.


Sungguh aku gembira, 
Sungguh aku cinta,
Sungguh aku sayang,
Sungguh aku rindu....


Tak tahu bagaimana harus aku ungkapkan lagi.
Seolah tiada kata untuk menggambarkan semua itu.
Terlalu bermakna dia untuk ku...
Dan aku hanya seorang untuk dia....


Aku cinta dia...
:))







Monday, February 8, 2010

Tak Percaya

Mereka ceritakan kepada aku.
Mereka lagukan kepada aku.


Mereka canangkan itu.
Mereka hebahkan ini.


Bagaikan petir yang menggila.
Cerah kilat bercahaya.
Guruh pula,
Berdentam-dentum bunyinya.
Tapi..
Hujan tak juga turun.


Seumpa itulah bisikan liar.
Yang keluar dari mulut mereka.


Aku tak percaya.
Selagi hujan itu tidak turun.



Friday, February 5, 2010

Menitis

Hujan itu turun tanpa dipaksa.
Menitis ia oleh awan yang berat membawa.


Begitu juga air mata ini.
Menitis sepi,
Licin meluncur oleh sarat jiwa yang menggila.


Maka,
Menangislah.



Wednesday, January 27, 2010

Itu Sahaja

Jangan dihenyak-henyak perasaan.
Jangan di carik-carik jiwa.
Jangan ditoreh-toreh rasa.
Jangan dihempas segala.

Diam itu buat aku kabur.
Bila dibicara rasa aku mati.
Bila dibaca rasa aku keliru.
Apa salah aku?

Perasaan ini menghentam aku kuat.
Nampak kecil tapi impak besar bagai untuk aku yang tidak tahu apa.
Kalaupun jiwa kacau rasa bergolak,
Jangan ditonyoh kepada aku.
Jangan dihempas kepada aku.

Aku sakit bila begini.
Aku derita bila ia menghala ke mati.
Jangan kau henyak, toreh, carik, hempas.
Aku tak bisa tanggung.

Aku disini,
Hanya untuk kamu.
Yang indah sahaja.
Itu yang aku mahu.
Cukup yang itu.
Itu sahaja.